Hari ni ana rasa sangat sedih :( dek kerana hari ni hari terakhir ana bersama keluarga ana sebelum berangkat ke negeri org... Subuh terakhir bersama mak tersayang,kak ngah, adik2... Ana harap Allah permudahkan urusan ana di sana nanti. InsyaAllah. :)
Ana nak share ayat yg selalu ana ingat dan menjadi kuat sampai sekarang....
Di dalam al-Quran Allah berfirman mafhumnya :
Wahai orang-orang yang beriman ! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang yang sabar.[2:153]
Lanjutan daripada ayat itu, cantiknya caturan Allah disusuli dgn ayat yg sangat indah ini dan Allah mengetahui setiap sesuatu yang terjadi.
Apabila ditimpa musibah lafazkanlah kalimat istirja' iaitu "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"...
Dalam al-Quran Allah berfirman mafhumnya :
155. Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan kelaparan kekurangan harta jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
156.(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata " Inna lillahi Wa inna ilahi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Surah al-Baqarah.
Wallahualam...
ilalliqo'...
:) :) :)

No comments:
Post a Comment